Rabu, 13 Jun 2012

Sembelihan Halal

SEMBELIHAN HALAL



Sedikit ilmu untuk dikongsikan......


1. MAKSUD SEMBELIHAN
= Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

2. HUKUM SEMBELIHAN
= Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

3. RUKUN SEMBELIHAN

a. Penyembelih
Syarat :
a. Islam
b. Tidak dalam ihram haji atau umrah
c. Binatang yang disembelih

Syarat :
a. Halal dimakan
b. Mati dengan sekali sembelihan
c. Putus urat halkum dan urat merih

c. Alat sembelihan
Syarat :
a. Benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali


4. Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih


5. PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN

a. Menggunakan alat yang tumpul
b. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
c. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
d. Tidak membaca bismillah
e. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
f. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih

6. HIKMAH SEMBELIHAN
a. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
b. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit
c. Memastikan daging bersih dan bermutu
d. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
e. Membezakan antara daging halal dan haram
f. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan